SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK...

Thursday, August 4, 2011

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera semua...Alhamdulillah. sesungguhnya, segala puji hanya milik Allah. Hanya pada-Nyalah kita memohon dan berlindung dari segala keburukan jiwa dan amal kita. Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil, Maha Bijaksana dan Maha Pemurah. Sama-sama lah kita memanjatkan rasa kesyukuran kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya kita masih berpeluang untuk meneruskan kehidupan dan menikmati keindahan dan kemuliaan bulan Ramadhan pada kali ini. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabatnya.

Rasanya masih tak terlambat untuk saya mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia...Harap2 Ramadhan kali ini mampu kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya...InsyaAllah jika kita melakukan setiap perkara itu atas dasar keimanan kepada Allah SWT..Kita akan sentiasa dalam perlindungan dan keredhaan-Nya..

Hmm,,lama juga saya x update blog nie...rasa rindu laa pulak...huhu...^_^..bukan apa,,sibuk sedikit dengan urusan-urusan harian serta amanah yang ada...bercerita tentang puasa..adakah kita yakin dan pasti puasa kita di bulan yang mulia ini benar-benar mendapat keredhaan daripada-Nya..Elok rasanya kita semua sama-sama berkongsi cerita tentang adab berpuasa di Bulan Ramadhan ini agar setiap apa yang kita lakukan sentiasa dalam rahmat-Nya..

Antara perkara terpenting atau perlakuan yang perlu ada dalam menyempurnahkan ibadah ini termasuklah Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya, Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia. 

Dalam mendapat keberkatan berpuasa juga, kita hendaklah mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

Dalam masa yang sama juga, kita perlu berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Hmm,,dalam bulan yang mulia ini juga, kita kena membiasakan diri kita supaya jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria serta  Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Di samping itu juga, pada bulan yang mulia ini kita janganlah terlalu menyibukkan diri dengan urusan duniawi, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat.. Mempraktikkan amalan sunah juga menjadi antara adab ketika menjalani ibadah puasa seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. 

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di bulan yang mulia ini juga, kita digalakkan untuk menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air.

Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah) 

Dalam mengharungi dan merasai nikmat sebenar bulan Ramadhan, adalah menjadi amalan setiap umat islam dalam memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya. Dalam mengerjakan solat terawih, adalah dinasihatkan supaya makmum sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. 

Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei) 

Sekian perkongsian dalam bulan yang mulia ini...segala silap dan salah harap dapat dimaafkan..sesungguhnya tiada manusia yang dilahirkan sempurna..semoga kita semua sama-sama mendapat manfaat dan kebaikan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini serta mampu menjadikan kita insan yang lebih berdisiplin dalam menjalani hidup kita sebagai seorang hamba yang sentiasa mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya..InsyaAllah jika niat kita benar-benar ingin berbakti kepada-Nya pasti ganjaran yang setimpal akan menjadi milik kita semua...Wallahualam...


Sumber : Halaqah.net 


Baca juga artikel di bawah ini



2 comments:

Kesah Hujung Jari said...

selamat berpuasa iwan.. ^^

IwAn MeHh said...

Syukran...selamat berpuasa gak...nie sapa erkk..??..

Post a Comment