SALAM MAULIDUR RASUL.....

0 comments Tuesday, February 15, 2011

Assalamualaikum wbt dan salam ukhuwah.....
Pertama sekali marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah SWT kerna dengan limpah kurnia dan rahmatnya kita masih diberikan peluang untuk meneruskan perjuangan kita sebagai khalifah di muka bumi yang fana ini....Selawat dan puji-pujian ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW serta mohon rahmat kepada semua sahabat-sahabat yang telah banyak berjuang dalam memperjuangkan agama yang paling suci yakni agama Islam.....

Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal merupakan hari yang sungguh bersejarah dalam hidup kita sebagai umat Islam yang sentiasa berjuang di jalan Allah SWT kerana hari ini adalah adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW iaitu sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571..Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

Di hari yang bersejarah ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas baginda SAW...semoga kita semua mendapat hidayah dan rahmat daripada-NYA...
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah SWT...

Muslimin muslimat semua...di sini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW....
  
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.) 
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah. 
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 
8 ) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi. 
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya. 
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat. 
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. 
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup. 
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah. 
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya. 
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan. 
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah. 
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang. 
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya. 
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya. 
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain. 
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya. 
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib. 
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan. 
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – (HR Abu Naim)
30) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – (HR Thabrani)

Wallahualam.....

CARILAH TEMAN JAUHI LAWAN....

3 comments Tuesday, February 8, 2011


Memang lumrahnya, hidup seseorang perlukan teman atau sahabat...Manusia memerlukan teman dan tidak boleh hidup bersendirian...Walaupun kadang-kadang kita berfikir untuk hidup berdikari...Tetapi pada hakikatnya hidup seseorang takkan ceria tanpa teman...^_^
Hal ini kerana manusia memerlukan teman untuk mengharungi kehidupan serta suka duka di dunia yang fana ini...

Teman mampu membangkitkan semangat dalam hidup kita...Mampu menjadikan kita tabah dan tegar untuk menghadapi sesuatu...Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan teman yang baik juga mampu menjadi sumber inspirasi kita...Tetapi persoalannya ialah adakah kita tahu mengenal dan membezakan yang mana teman dan yang mana lawan yakni teman sejati dan teman yang boleh mendorong kita mendekati perkara-perkara kemungkaran..???

Islam sebagai agama yang syumul lagi lengkap tidak lupa menyentuh persoalan teman atau sahabat yang sewajarnya menjadi pilihan umat Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud :"Wahai umat manusia!sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya diantara kamu,(bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya(akan keadaan dan amalan kamu)."(Surah al-Hujurat,ayat 13)

Dalam kita mencari teman yang benar-benar boleh di percayai dan mampu membawa kita kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. Kita haruslah berhati-hati dalam memilih teman. Teman yang baik mampu memberikan kesan yang baik kepada diri kita dan teman yang buruk adalah sebaliknya...

Rasulullah SAW telah memberi peringatan kepada umatnya supaya berhati-hati dalam memilih teman. Sabda baginda SAW yang bermaksud: " Seseorang itu menurut agama sahabatnya, oleh itu seseorang Muslim itu hendaklah berhati-hati dengan siapakah yang harus dia pilih sebagai sahabat."(Hadis riwayat Ahmad)

Dalam hal ini, memang jelas dan terbukti seorang teman mampu mempengaruhi kehidupan kita. Oleh yang demikian dalam memilih teman pilihlah teman yang baik dan mampu bersama-sama dengan kita dalam masa susah dan senang... Sama-sama lah kita saling ingat mengingati antara kita dalam melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya...

Suka saya perkatakan di sini juga, apabila kita memiliki teman yang menghargai dan memberi dorongan kepada kita. kita kena tahu dan mampu untuk belajar menerima mereka seadanya...Jangan biarkan persahabatan atau ukhuwah suci yang terjalin antara kita terputus hanya kerana hal yang remeh temeh yakni hal yang duniawi yang sebenarnya hanya mendorong kita ke arah menjadi insan yang lalai dalam mengingati Allah SWT dan lebih pentingkan dunia semata-mata...

Saya tertarik dengan kata-kata seorang sahabat dalam penulisannya yang berbunyi :
Bukan senang menemukan seseorang yang benar-benar ikhlas mahu bersahabat kerana Allah SWT, mungkin disebabkan diri kita sendiri belum lagi baik maka susah sungguh untuk menemukan orang yang benar-benar baik dijadikan sahabat sejati...

Dalam hal ini saya boleh buat kesimpulan bahawa untuk mendapatkan sahabat sejati diri kita sendiri perlu berubah dan mampu untuk menjadi seorang teman yang baik kepada orang lain...Untuk mendapatkan sahabat sejati memang amat sukar tetapi insyaAllah dengan usaha dan doa serta keikhlasan yang ada pada kita adalah tidak mustahil untuk menemukan teman atau sahabat sejati...

Rasulullah SAW bersabda mengenai keperibadian sahabat sejati yang bermaksud:
“Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi, bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sebagai renungan bersama, carilah teman sejati yang mampu menjadikan kita lebih sempurna walaupun kita tidak mampu menjadi seorang yang sempurna...carilah teman yang mampu memimpin dan dipimpin ke arah perkara-perkara yang boleh mendekatkan kita kepada perkara-perkara kebaikan...carilah teman yang boleh menerima kita seadanya...carilah teman yakni teman sejati yang sentiasa ingin bersama-sama dengan kita dalam mengharungi liku-liku dunia dan godaan syaitan serta jauhilah lawan yakni teman pendusta yang mampu merosakkan kita dan mampu menjadikan kita sombong,ego dan menjadi insan yang terpedaya dengan keseronokan dunia semata-mata...Wallahualam....

PERJALANAN YANG PANJANG BARU BERMULA.....(MUHASABAH DIRI)

0 comments Sunday, February 6, 2011

Ia sebenarnya baru bermula. Ia baru langkah mula. Itulah kata-kata yang boleh kita gambarkan bilamana melihat jenazah muslim dikebumikan di dalam liang lahad.


Kenapa kita mengatakan suasana itu langkah permulaannya?Bukankah sudah bertahun-tahun ia bermukim di perkampungan fana ini? Bukankah kematian itu merehatkannya daripada penat lelah dunia?

Memang benar, perjalanan hidupnya di dunia telah sampai ke titik noktahnya. Namun, yang baru bermula adalah perjalanan akhiratnya. Safar akhirat yang panjangnya tiada penghujung.

Bagi ahli dunia, segalanya dikira selesai (habis cerita) saat nisan dipacak kemas di permukaan timbunan tanah yang masih merah

Tetapi bagi ahli akhirat,oh...hanya Allah SWT yang maha tahu. Jenazah si fulan baru sahaja dipersiapkan untuk memulakan perjalanan yang amat panjang.

Sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama bagi alam akhirat."(Riwayat at-Tirmizi. Ibnu Majah dan Al-Hakim)

Suka tak suka, bersedia atau tidak bersedia, dia mesti memulakan perjalanan akhirat ini. Perjalanan yang menyaksikan betapa kerdil, bodoh, lemah serta jahil sekali diri. Perjalanan yang menyingkapkan betapa ia baru tersedar, terkejut dan tersentak daripada lamunan (mimpi) yang panjang, hidup di dunia bagai katak di bawah tempurung. Kini di depan matanya bukan perjalanan fantasi lagi. Ia perjalanan realiti, pasti lagi hakiki.

Arghh! Jahanam! Celaka! Begitulah bayangan kekejutan mereka yang mati-mati berpegang kepada andaian bahawa dunia adalah penamat segala-galanya. Bahkan itulah tempikan penasaran para pendusta yang mendustakan kehidupan dan pembalasan selepas mati.

Benar kata Nabi SAW di dalam mafhum sepotong hadis. Antara yang rehat dan rehat kerananya. Yang rehat ialah mukmin. Apabila ia mati, maka kerehatannya daripada penat lelah dunia pun berakhir. Yang rehat kerananya pula ialah orang fajir; 'orang jahat' seperti seorang pembunuh, perompak, pengganggu keamanan, pengedar dadah, pemfitnah, diktator dan banyak lagi. Apabila matinya dia, maka orang ramai pula dapat berehat daripada kejahatan dan kebejatannya.

Maknanya, bagi para mukminin dan muttaqin, kubur yang menjadi pintu gerbang perjalanan akhiratnya itu bakal menjanjikan 'pakej' kerehatan yang amat panjang lagi abadi. Manakala bagi si fajir, bagai yang dikata dan disangka, maka bermulalah episod derita, episod duka yang berlatarbelakangkan air mata darah.

Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan betapa mayat para kuffar yang menjerit dan menolong diseksa siang dan malam, merayu kepada Allah SWT agar disegerakan hari kiamat, kerana sudah tidak tahan dan tidak mampu menanggung kepedihan sakit yang amat sangat. "Ya Allah! Segerakanlah hari kiamat! Percepatkanlah hari berbangkit! Agar kami boleh lepas daripada kesakitan ini."

Demikian rayuan hiba mereka..

Namun, semuanya tiada guna lagi. Kubur adalah jawapan kepada perjalanan akhirat yang panjang. Andai seseorang itu dimuliakn, mulialah dia selama-lamanya. Andai dihina, terhinalah berpanjangan.

Cuba kita renung kembali perjalanan hidup kita sebagai seorang perantau di dunia yang fana ini. Adakah bekalan yakni amalan-amalan kebaikan yang di redhai Allah SWT telah cukup untuk kita bawa ke akhirat nanti? Adakah tanggungjawab dan amanah yang kita pikul sebagai hamba Allah SWT telah kita laksanakan sebaiknya?...

Sama-sama lah kita muhasabah diri dan berniat ke jalan yang benar untuk mendapatkan keredhaan dan rahmat daripada Allah SWT...InsyaAllah...

CINTA MENURUT PANDANGAN ISLAM...

0 comments Friday, February 4, 2011


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera....sedikit perkongsian tentang CINTA...sama-sama kita manfaatkannya agar kita tidak terjerat ke dalam CINTA PALSU yakni cinta yang didorong oleh hawa nafsu dan godaan syaitan....

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam terhadap Allahyarham Norzi Ayu Md Nor baru-baru ini serta beberapa contoh yang lain.

Sumber : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

MUKA BARU DALAM BLOG.....huhu...

0 comments Thursday, February 3, 2011

Assalammualaikum wbt dan Salam sejahtera....
Terlebih dahulu syukur kehadrat Illahi kerana dengan izin-NYA kita semua masih diberi kesempatan untuk menikmati anugerah yang diberikan kepada kita semua...Selawat dan pujian ke atas Nabi Muhammad SAW serta mohon kesejahteraan untuk sahabat-sahabat yang telah banyak berjasa kepada Agama ISLAM yang suci ini....
Ermm,,,,muka baru dalam blog..??..itulah kata yang mampu saya ucapkan setelah blog saya yang sebelum ini tidak mampu untuk dilawati lagi...Setelah hampir sebulan saya tidak meng "UPDATE" blog tersebut...Entah kenapa setiap password yang saya masukkan tidak dapat dibaca...Mungkin saya yang silap atau terlupa dengan kata laluan saya sendiri....^_^...Apa pun semoga blog yang baru sahaja saya hasilkan ini mampu untuk memberi kebaikan kepada saya sendiri dan semua followers nanti....sama-sama lah kita memanfaatkan perkembangan teknologi pada masa kini dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah...semoga kita semua mampu mendapat RAHMAT daripada-NYA...InsyaAllah...Wassalam.....^_^