Bila Hati Dah Mula Sayang......

0 comments Sunday, March 13, 2011

Bila hati dah mula sayang..???...Apakah maksud disebalik ayat ini..???..
Sayang..???..Memang sudah menjadi lumrah setiap manusia yang hidup di muka bumi ini ingin menyayangi dan disayangi...Setiap kali kita bercerita tentang erti kasih sayang kita pasti teringin untuk mengetahui apa maksud disebalik ungkapan kata "SAYANG" ini...Setiap manusia yang waras dan lahir di muka bumi ini pasti mengetahui dan pernah merasai erti kasih sayang dalam kehidupan mereka...Sebagai contoh kasih sayang daripada Ibubapa,sahabat handai dan sesiapa sahaja yang pernah menyayangi dan kita sayangi...

Disini saya ingin bercerita sedikit tentang wujudnya rasa sayang dalam hati kita yakni kasih sayang yang benar-benar tulus dan ikhlas dari lubuk hati kita...Tanpa ada unsur paksaan..Tanpa ada penyesalan tetapi satu rasa yang hadir tanpa diundang...Satu rasa yang hadir tanpa ada perancangan..Ianya satu rasa yang wujud dalam pertemuan dan membibitkan rasa yang sungguh menyenangkan apabila kita tahu rasa itu merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dan bergantung kepada kita bagaimana untuk menyemai dan menjaganya di taman hati kita..Kita perlu ingat sayang itu takkan bererti apa-apa tanpa pengorbanan yang kita lakukan..Dan yang paling penting biarlah kasih sayang itu tumbuh mekar dalam hati kita seiring dengan  keredhaan daripada yang Maha Berkuasa...

Pertemuan yang membibitkan rasa kasih sayang perlu lah dijaga batas-batasnya...Jangan terlalu leka sehingga kita terpedaya dengan tipu daya iblis laknatullah....nauzubillah min zalik..Apabila kita mula sayang pada seseorang,,,kita mesti sentiasa ingin dia bahagia dan gembira..Kita cuba membuat dia sentiasa tersenyum selagi kita ada kekuatan...Kita cuba pertahankan segala apa yang kita rasa..Tetapi janganlah terlau leka sehingga kita terjerumus ke lembah kemaksiatan....Wallahu a'lam...Biarkan apa yang kita rasa itu sentiasa berpada-pada...

Apabila kita mula sayang kita mesti berharap dan berdoa supaya rasa itu berkekalan sampai bila-bila...Dengan usaha yang ada dan kita sentiasa tunjukkan cara yang betul dalam menjaga perasaan itu,,,InsyaAllah perasaan itu akan kekal bahkan tumbuh mekar dalam hati kita....Tetapi ingat jangan sampai rasa itu mengatasi rasa sayang & cinta kita kepada Maha pencipta yakni Allah SWT dan rasa cinta kepada Rasulullah SAW...Semoga rasa sayang itu berkekalan sampai bila-bila....InsyaAllah...

Ya Allah..Jagalah hati hambaMu ini dari segala kehancuran dan kemusnahan.Sekiranya aku merasa sayang,,biarkan rasa itu tersimpan dalam hatiku ini, kekal dan tumbuh mekar seiring dengan perjalanan waktu...Biarkan rasa itu seiring dengan batas-batas agama yang suci ini...Aku rasa bersyukur sangat dengan segala apa yang ada dalam hidupku ini..Betapa hina dan kerdilnya diriku disisiMu Ya Allah...Jauhkan aku dari segala perkara-perkara yang bisa menjauhkan aku daripadaMu....Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untukMu Ya Allah....Amin....

PETUA MENCARI PASANGAN

0 comments Saturday, March 12, 2011

Assalammualaikum wbt...

Alhamdulillah bersyukur kita Kehadrat Illahi kerna dengan limpah rahmat dan kurnianya kita masih diberi kesempatan untuk terus menikmati keindahan & nikmat di dunia yg sementara ini...
Selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW serta doa kenikmatan kepada sahabat-sahabat baginda...


Dalam post kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang petua dalam mencari pasangan iaitu sebelum bertunang dengan pasangan pilihan sendiri atau pilihan keluarga...Kebanyakan daripada remaja hari ini pasti mengetahui apa itu cinta apabila kita mengajukan soalan kepada mereka tetapi persoalannya adakah cinta yang mereka jalani itu bersesuaian dengan syariat Islam...?.Adakah cinta mereka itu mendapat keredhaan drpd Allah SWT...?..sama-sama kita renungkan dan berdoa agar kita semua dijauhkan daripada segala godaan kemungkaran & kemaksiatan yang yang hanya membawa kepada kemusnahan kepada diri kita sendiri...nauzubillah min zalik...

Dalam mencari ketenangan dalam hidup berumahtangga kelak kita perlu lah mengetahui syariat agama Islam yang sebenar..Kita jangan terlalu leka dengan kehidupan zaman moden yang sememangnya telah jauh menyimpang dari ajaran agama Islam yang sebenar..

Di sini terdapat beberapa tips untk mencari pasangan iaitu 10 soalan yang dicadangkan oleh al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa'. Soalan ini boleh ajukan kepada  bakal tunang  sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan dan  bersama-sama dengan pasangan hingga ke akhir hayat..Hal ini kerana perkahwinan merupakan satu amanah yang besar kepada pasangan suami isteri...Semoga dengan usaha yang  dilakukan dapat menjamin kebahagiaan dunia akhirat kepada pasangan tersebut...InsyaAllah...


10 soalan itu adalah:
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

sumber: i Luv Islam.com